Rahsia Tahi Lalat!!

Februari 3, 2008

Tengok ler kat maner tahi lalat korang yek…

1. Di kepala sebelah kanan – terkabul cita-citanya

2. Di kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan

3. Ubun-ubun – kurang jujur

4. Pusar – cerdas,tangkas dan tekun

5. Di Kening kanan – cergas dan cekap

6. Di kening kiri – cergas dan sopan santun

7. Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta 

8. Sudut mata kanan dalam – disayangi suami atau isteri

9. Biji mata kanan – suka serong dan pembohong

10. Biji mata kiri – pembohong tapi baik hati

11. Di alis kanan – baik hati, suka menolong

12. Di alis kiri – ramai yang suka

13. Di pipi kanan – ramai teman

14. Di tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka

15. Di tengah-tengah pipi kiri – ramai kawan

16. Pada hidung – banyak rezeki

17. Pada batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

18. Bibir atas kanan – banyak rezeki dan pandai

19. Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati

20. Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka

21. Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah

22. Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah

23. Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya

24. Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati

25. Dagu bawah kiri – bijaksana, berbudi luhur

26. Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita

27. Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

28. Leher ditengah – tercapai apa yang dicita

29. Di bahu kanan – cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan

30. Di bahu kiri – suka kerja keras, banyak tangungjawab

31. Di dada kanan – dapat mengatasi masalah

32. Di dada kiri – berani, jujur dan sabar

33. Tetek kanan – baik hati, pendiam dan simpan rahsia

34. Tetek kiri – ramai kawan, setia pada suami atau isteri

35. Di punggung kanan – pendiam, simpan rahsia

36. Di punggung kiri – lambat, kurang agresif

37. Di perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf

38. Di perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya

39. Pinggang kanan – sayang pada isteri atau suami

40. Pinggang kiri – disayangi oleh isteri atau suami

41. Di jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros

42. Di jari telapak tangan kiri – banyak rezeki, menyimpan

43. Lengan kanan – setia dan taat pada atasan

44. Lengan kiri – menepati janji dan suka kerja

45. Siku tangan kanan – kuat hendak memiliki kekayaan

46. Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong

47. Ketiak kanan – menyimpan rahsia

48. Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta

49. Pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria

50. Pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat

51. Pangkal peha kanan – kemahuan kuat

52. Pangkal peha kiri – suka kerja apa saja

53. Kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama (bersetubuh)

54. Di kepala kemaluan – bakal beristeri dua

55. Betis kanan – suka berpoya, boros

56. Betis kiri – tidak suka menganggur

57. Tumit kanan – jujur, banyak kawan

58. Tumit kiri – baik budi

59. Di telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh

60. Di telapak kaki kiri – baik budi pekertinya

61. Lutut kanan – bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha

62. Lutut kiri – kurang berusaha

Wanville copyright 2008.


Loveholic terbaik!

Februari 3, 2008

Loveholic merupakan sebuah kumpulan yang berasal dari Korea Selatan. Loveholic dianggotai oleh Kang Hyun Min, Lee Jae Hak, dan Ji Sun (Vokal). Ditubuhkan pada 2003 sehingga sekarang, mereka mampu membawakan lagu bergenre modern rock. Ini terbukti apabila lagu “Shingiru” telah digunakan sebagi lagu tema anime Jepun “Black Blood Brothers” sekaligus telah menaikkan lagi nama mereka dipersada seni. Bukan itu saja, malah Loveholic juga mempunyai kontrak dengan MBC dan KBS iaitu stesen televisyen di Korea Selatan. Antara sountrack drama yang mereka nynyikan ialah Wonderful Life (MBC), Loveholic (KBS), My Name is Kim Sam Soon (MBC), April Snow (KBS), Spring Waltz (KBS), One Fine Day (MBC), 200 Pounds Beauty and Que Sera Sera (MBC).

Loveholic juga berjaya membawakan lagu-lagu bergenre balada sehingga ada yang mengalirkan airmata apabila mendengar lagu-lagu mereka.

Website : www.loveholic.com

Wanville copyright 2008.


Iklan Percuma untuk anda

Februari 3, 2008

Anda ingin mengiklankan barang anda? iklanpercuma.com adalah ruang percuma untuk anda memasarkan produk anda. Anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli dahulu sebelum meletakkan iklan anda. sila klik link dibawah ini.

www.iklanpercuma.com


Tengku Ali Diisytiharkan sebagai Sultan Johor

Februari 3, 2008

Oleh Roseline Mapong Sabai

Pada hari ini 10.03.1855, Tengku Ali telah diisytiharkan sebagai Sultan Johor oleh Kerajaan Inggeris dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah. Pengisytiharan itu dilakukan sempena termeterainya satu perjanjian di antara Tengku Ali dengan Temenggong Ibrahim. Dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat-syarat berikut , antaranya ialah :- 

1.               Sultan Ali sampai keturunan dan waris gantinya menyerahkan sepenuh kerajaan dan haknya kepada Dato’ Temenggong Ibrahim dan juga kesemua tanah daerah takluk Johor melainkan Kesang.

2.               Temenggong Ibrahim akan membayar RM 5,000 kepada Sultan dan RM 500 sebulan mulai Januari 1855.

3.              Sekiranya Kesang itu tidak dijual hendaklah dahulu ditawarkan kepada Kompeni Inggeris kemudian kepada Temenggong dengan sama harga, setelah itu barulah ditawarkan pada orang lain.

4.             Perjanjian tersebut tidak akan mencatatkan perjanjian sebelum itu yang ditandatangani dengan East India Company bertarikh 2 Ogos 1824.

Dengan perjanjian dan pengisytiharan pada hari ini dalam tahun 1855, menjadikan Sultan Ali hanya berkuasa di sebuah daerah yang tidak berhasil antara Sg. Muar dengan Sg. Kesang iaitu seluas 260 batu persegi dengan penduduk berjumlah 800 orang.

Wanville copyright 2008.


James Brook meminta bantuan British untuk menentang pemberontakan di Sarawak

Februari 3, 2008

Oleh Roseline Mapong Sabai

 Pada 15.03.1860, Pejabat Tanah Jajahan British di London meluluskan permohonan Raja James Brooke, pemerintah negeri Sarawak meminta bantuan dari kerajaan British untuk menentang pemberontakan di Sarawak. Antara pemberontakan besar yang berlaku ialah pemberontakan yang diketuai oleh Syarip Masahor (Syed Masahor). Pemberontakan ini menimbulkan berbagai masalah terutamanya masalah keselamatan rakyat British di Sarawak. Sebelum Pejabat Tanah Jajahan meluluskan permohonan beliau itu Raja Brooke telah meminta perlindungan pihak Belanda dan Peranchis terhadap pentadbiran beliau.  Walaubagaimanapun beliau tidak mempercayai kuasa-kuasa tersebut kerana bimbang Sarawak akan jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain. Oleh itu Raja Brooke meminta campurtangan kerajaan British sama ada menjadikan negeri Sarawak sebagai tanah jajahan British atau mengiktirafkan kedaulatan Raja Brooke di bawah naungan keluarga Diraja British. Ini bermakna secara tidak langsung kuasa pentadbiran negeri Sarawak adalah atas arahan keluarga Diraja British. Bagaimanapun, jika Kerajaan British berminat menguasai negeri Sarawak sepenuhnya Raja Brooke mengenakan syarat agar adat-istiadat suku kaum di Sarawak dikekalkan dan penduduk tempatan hendaklah dilatih cara-cara mentadbir negeri mereka.

Kerajaan British tidak berminat untuk menjadikan Sarawak sebagai jajahan takluknya dan enggan menerima permohonan Brooke itu. Sebaliknya kerajaan British bersetuju menghantar kapal perang bagi mengawasi kawasan pantai negeri Sarawak tetapi tidak akan campurtangan jika terjadi apa-apa peristiwa yang tidak diingini antara Raja Brooke dengan musuhnya. Bagaimanapun Kerajaan British di London telah bersetuju menghantar seorang Penasihat British untuk membantu Brooke bagi mentadbir Sarawak.

Wanville copyright 2008.


Pahlawan Mat Kilau menyerang Kuala Tembeling

Februari 3, 2008

Oleh Roseline Mapong Sabai

Pada  14.06.1894, dengan sokongan senjata dan tenaga orang-orang dari Terengganu dan Kelantan, pahlawan Mat Kilau telah menyerang pasukan tentera Inggeris di Kuala Tembeling. Serangan yang dilakukan oleh Mat Kilau itu merupakan salah satu daripada perjuangan beliau di dalam usaha menentang penjajahan Inggeris. Melalui serangan-serangan seperti ini telah memperlihatkan sikap Mat Kilau sebagai seorang pahlawan Melayu yang tegas pendiriannya dan pintar di dalam taktik peperangan.Mat Kilau melakukan serangan ke atas Kuala Tembeling kerana enggan menyerah diri berikutan dengan satu pengampunan beramai-ramai oleh pihak pentadbiran Inggeris di Pahang. Pengumuman pengampunan itu telah dibuat dalam bulan Oktober 1892 dan semenjak dari itu Mat Kilau sentiasa menunggu masa yang sesuai untuk menyerang pihak Inggeris sebagai penentangan yang berterusan dari beliau.Hasil daripada pengampunan beramai-ramai yang diumumkan, ramai juga orang-orang yang telah menyahut tawaran tersebut dan pulang ke rumah masing-masing. Walau bagaimanapun pengampunan tersebut tidak berhasil dan Mat Kilau tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyerah diri.Ketegasan pendirian Mat Kilau berlainan sekali dari pahlawan-pahlawan yang lain. Semangat beliau yang tabah dan jujur kepada perjuanganya di teruskan, sehinggalah beliau berjaya memimpin serangan ke atas pasukan tentera Inggeris di Kuala Tembeling.

Wanville Copyright 2008.