Taman hidupan liar Borneo

Februari 24, 2008

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah


Zoo Lok Kawi pelihara orang utan, monyet bangkatan, badak sumbu Sumatra, gajah Pygmy di habitat asal

BAGI pelancong dan penggemar hidupan liar yang berkunjung ke Sabah, peluang menyaksikan kelibat orang utan, monyet bangkatan (Proboscis Monkey), badak sumbu Sumatra dan gajah Pygmy di habitat asalnya tentunya memberi kepuasan yang tidak terhingga.

Walaupun kosnya agak mahal kerana lokasi untuk meninjau haiwan berkenaan terletak di kawasan terpencil seperti Sukau, Kinabatangan, Tabin dan Segama, ia bukan halangan, malah dianggap cabaran alam yang mengasyikkan.
Namun, dengan belanja yang mencecah ratusan ringgit bagi membiayai kos pengangkutan, penginapan dan pemandu pelancong, tidak ramai yang mampu berkunjung ke lokasi seperti itu dan berpeluang melihat haiwan endemik Borneo itu dari jarak dekat.

Bagi pelancong luar, soal kos mungkin tidak menjadi masalah dan sememangnya sering memilih lokasi seperti itu untuk menghabiskan percutian di Sabah sekali gus menjadikan mereka golongan paling ramai melihat secara dekat haiwan terbabit, berbanding warga tempatan.

Bagaimanapun, sejak awal tahun lalu, pelancong dan penduduk tempatan mempunyai pilihan lain untuk melihat haiwan itu secara dekat menerusi pembukaan Taman Hidupan Liar Lok Kawi di Putatan yang terletak hanya kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar raya Kota Kinabalu.

GAJAH Borneo antara tarikan utama pengunjung Taman Hidupan Liar, Zoo Lok Kawi.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga mengunjungi satu-satunya taman haiwan terbesar menempatkan pelbagai spesies haiwan Borneo di Sabah itu yang juga dikenali Zoo Lok Kawi, diurus Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Walaupun letih, hampir seharian di situ dipenuhi dengan pelbagai pengalaman baru kerana dapat melihat secara dekat kira-kira 100 spesies haiwan termasuk burung, reptilia dan mamalia, selain menikmati keredupan taman botani yang disediakan Jabatan Perhutanan Sabah.

Walaupun tidak sehebat Zoo Negara, Zoo Taiping dan Zoo Melaka, penggemar hidupan liar pasti tidak kecewa dengan pelbagai tarikan dan kemudahan yang disediakan kepada pengunjung di taman seluas 112 hektar itu.

Dengan bayaran masuk RM10 bagi warga tempatan dan RM20 bagi warga asing, pengunjung dibekalkan peta sebagai penunjuk arah untuk memulakan ‘pengembaraan’ dengan menyusuri jalan berturap sepanjang lebih satu kilometer yang di kiri kanannya menempatkan pelbagai habitat haiwan.

MONYET Bangkatan yang terdapat di Zoo Lok Kawi.

Berhampiran pintu masuk, pengunjung disapa keletah pelbagai spesies burung seperti kakak tua, burung hantu, merak dan tiung serta disaji spesies haiwan aktif pada waktu malam seperti musang dan harimau dahan.

Perjalanan seterusnya menemukan pengunjung dengan kumpulan rusa chital, burung emu, gajah Pygmy dan badak sumbu Sumatra, selain burung unta, beruang, harimau, orang utan, monyet bangkatan, seladang, memerang dan kancil.

Peminat burung pula berpeluang memerhati kelibat pelbagai spesies burung yang dilepas bebas dicelah kehijauan daun dan rimbunan pokok hutan dalam sebuah sangkar gergasi.

Di satu sudut, pihak zoo menyediakan tempat bagi pengunjung melihat haiwan reptilia seperti ular tedung, ular sawa, buaya, biawak dan kura-kura.

Di zoo ini, pengunjung tidak disediakan pengangkutan, sebaliknya diberi kebebasan bergerak dengan berjalan kaki dari satu habitat ke habitat lain.

Jika tidak tahan dengan terik mentari dan tidak membawa payung, pihak zoo ada menyediakan kemudahan menyewa payung dengan bayaran RM2.

Kalau letih berjalan, pengunjung boleh berehat di mana-mana enam pondok rehat sekitar zoo atau di mana-mana pondok pemerhatian haiwan yang disediakan di setiap habitat, lengkap dengan kipas dan kerusi kayu.

Dua tandas awam turut disediakan di kawasan zoo, manakala bagi pengunjung yang kehausan dan kelaparan, pihak zoo turut menyediakan sebuah kafe berhampiran habitat gajah untuk kemudahan mereka.

Bagi yang membawa kanak-kanak, pihak zoo ada menyediakan tarikan khas untuk mereka iaitu peluang menyertai aktiviti berkaitan hidupan liar di Zoo Kanak-Kanak dan menyaksikan persembahan haiwan di pentas amphiteater.

Di akhir lawatan, pasti tidak lengkap jika pengunjung tidak meluangkan masa mengunjungi taman botani yang menempatkan pelbagai spesies tumbuhan seperti halia, periuk kera, orkid dan herba.

Menariknya, di kawasan ini Jabatan Perhutanan menyediakan tempat perkelahan yang dilengkapi kemudahan pondok rehat dan tempat barbeku untuk pengunjung bersantai.

Suasana redup dipayungi kayu balak dan pokok getah tua serta bunyi aliran air anak sungai pasti mendamaikan pengunjung yang meluangkan masa berehat di kawasan ini.

Walaupun kunjungan ke zoo ini tidak sama seperti berkunjung ke habitat asal hidupan liar yang ada di Sabah, pengunjung pasti berpuas hati kerana dapat mengumpul banyak pengetahuan mengenai dunia haiwan.

Bagaimana ke sana

Untuk ke situ pengunjung boleh memandu sendiri atau menaiki teksi dari bandar raya Kota Kinabalu, pekan Putatan atau Donggongon, Penampang melalui Jalan Lama Penampang-Papar atau Jalan Putatan-Lok Kawi.

Fakta
Taman Hidupan Liar Lok Kawi

  • Terletak di Kilometer 10 Jalan Lama Penampang-Papar.
  • Kaunter masuk dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari termasuk cuti umum.
  • Tapaknya adalah bekas ladang getah milik syarikat British, Lok Kawi Investment Limited yang beroperasi dari 1909 hingga 1965.
  • Diwartakan sebagai taman zoologi dan santuari burung pada Oktober 1996 selepas kerajaan mengambil semula tanah di kawasan berkenaan pada 1979.
  • Dibuka kepada umum sejak awal tahun lalu dengan dikenali sebagai Taman Hidupan Liar Lok Kawi.
  • Tarikan utama taman ini ialah orang utan, gajah Pygmy atau speseis gajah Borneo, monyet bangkatan dan badak sumbu Sumatra.
  • Wanville copyright 2008.


    Bangkok pusat kesenian Thailand

    Februari 24, 2008

    Oleh Siti Nur Almizan Aripin (yang menyertai program Apostrophe DiGi di Bangkok, Thailand, baru-baru ini)
    snur@nstp.com.my


    KEINDAHAN seni bina masyarakat Thai yang unik dan kreatif disajikan di sepanjang Sungai Chao Phraya.

    Program Apostrophe DiGi berjaya dedahkan peserta dengan budaya dan warisan negara gajah putih

    PELUANG mengikuti siri pengembaraan berkonsepkan visual escape selama empat hari tiga malam dengan tujuan menjejak seni dan budaya tradisi di Bangkok, Thailand bersama rombongan pemenang program Apostrophe DiGi baru-baru ini dipenuhi kejutan yang menyeronokkan.

    Kejutan pertama diterima saat dibawa ke tempat penginapan, Reflection, Rooms in Bangkok sekali gus membuka mata betapa seni itu indah dan boleh dipersembahkan dalam pelbagai cara misalnya tata hias kediaman.

    Terletak jauh dari hiruk pikuk kota Bangkok, konsep yang diketengahkan pemilik hotel itu sememangnya lain daripada yang lain dan sungguh unik kerana setiap bilik dihias indah dengan tema berbeza bersesuaian dengan perasaan pengunjung antaranya Listen, Art Deco, I Love Photo, Hong Kong Pat dan Grey Day.

    Puas menjelajah ke setiap bilik, kami memulakan hari pertama di sana dengan melawat sebuah bangunan ekslusif tiga tingkat dinamakan The Playground yang menjadi pusat komersil untuk pereka, artis dan menyaksikan pameran seni.

    Puas menjelajah segenap ruang, kami dibawa pula ke Thai Creative and Design Centre (TCDC) yang terletak di tingkat atas The Emporium, sebuah pusat membeli belah mewah di tengah kota Bangkok.

    Berbeza dengan negara kita, pusat membeli belah pastinya menempatkan pusat hiburan. Bagaimanapun, di TCDC yang menjadi pusat penyelidikan dan ruang berdiskusi antara pelajar seni tidak sepi dengan kunjungan insan yang tahu menghargai seni.

    Bersebelahan TCDC pula terletak galeri seni yang mempamerkan hasil rekaan ekslusif Puteri Raja Thai, Puteri Sirivannavari Nariratana. Puteri Siam berusia 20 tahun ini adalah pelajar seni yang sedang meneroka dilema hidup sebagai kerabat diraja era moden dan meluahkan rasa melalui rekaan fesyen penuh versatil namun tetap berpegang kejap pada tradisi Thai.

    Hati berbisik, bertuahnya badan. Mempunyai kedudukan sebagai puteri dan gadis manis itu juga jelita dan sangat kreatif.

    Betullah kata orang, insan yang diberikan ketajaman minda dalam melahirkan idea kreatif sememangnya amat bertuah. Tuah itulah yang menyebelahi nasib enam pemenang utama pertandingan merekacipta poskad bertemakan ‘1.30 pm’ melalui program Apostrophe itu.

    Mereka ialah Syarifah Radziah Syed Khairuddin, 31; Charis Loke En-Ping, 16; Grace Tham Hui Yee, 22; Foo Wei Meng, 31; Tee Huey Shan, 22, dan Temme Lee Wei Wei, 21, diiringi pemenang dalam senarai 12 peserta akhir iaitu Benjamin Moh Heng Sik, Chai Choon How dan Lee Ling Ling. Bagaimanapun, dua pemenang iaitu Grace dan Temme tidak dapat ikut serta kerana kekangan tugas.

    Turut mengiringi rombongan adalah tulang belakang Apostrophe iaitu Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DiGI, Saffura Chinniah dan beberapa media tempatan.

    Saffura berkata, Apostrophe diwujudkan sebagai platform bagi menggalakkan kelahiran karya dan idea berdasarkan ekspresi insan seni. Ia juga diharap menjadi pusat yang menghubungkan komuniti seni meneroka, mencipta dan berkongsi kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan bersama.

    “Platform ini umpama sokongan kami kepada golongan muda di negara ini untuk lebih mengenali seni selain berpeluang berkomunikasi dengan artis tempatan dan luar negara yang singgah ke laman web Apostrophe.

    “Tahun ini kami rancang untuk mempelbagaikan aktiviti antaranya mencabar pemikiran mereka melalui pertandingan mencipta filem pendek, Short Short Story,” katanya.

    Beliau turut menggambarkan rancangan syarikat komunikasi DiGi pada masa depan untuk memiliki sebuah galeri khusus bagi menempatkan karya yang dihasilkan komuniti Apostrophe.

    Berakhir hari pertama, kami meneruskan pengembaraan di kota Bangkok dengan semangat berkobar-kobar untuk terus menyusuri di mana akar budaya dan warisan negara gajah putih itu bermula. Pastinya melalui seni bina wat atau candi lama yang dibina sepanjang lembangan Sungai Chao Phraya.

    Kagum melihat betapa halusnya kerja tangan rakyat Thai membuatkan ramai yang terpegun. Pilihan DiGi membawa rombongan ke Wat Po dan Istana Raja Siam, Grand Palace sungguh bijak. Di sini, ukiran tradisi bersepuh emas dengan lakaran lukisan penuh cerita memenuhi dinding sehingga ke bumbung menjadi lambang kegigihan dan kesetiaan rakyat negara itu pada pemerintah dan agamanya.

    FAKTA: Bangkok

    • Galeri seni di TCDC mempamerkan hasil rekaan ekslusif Puteri Raja Thai, Puteri Sirivannavari Nariratana.
    • The Playground menjadi pusat komersil pereka, artis dan pameran seni.
    • Thai Creative and Design Centre (TCDC) terletak di tingkat atas The Emporium, sebuah pusat membeli belah mewah di tengah kota Bangkok.

    Wanville copyright 2008.


    Rakaman kamera/video bantu kesan populasi Badak Sumatera

    Februari 24, 2008

    LAHAD DATU: Penggunaan kamera dan video telah berjaya membantu usaha mengesan populasi Badak Sumatera di Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum di Sabah.

    Usaha ini dijalankan melalui Projek Pemuliharaan Badak Sumatera WWF Malaysia dengan kerjasama Honda Malaysia.

    Sejak dipasang pada Februari tahun lepas, kamera yang digunakan itu telah merakam tujuh gambar badak Sumatera dengan gambar pertama dirakam tiga bulan kemudian, manakala video pula berjaya merakam visual pertama seekor badak Sumatera pada April lepas.

    Pengurus projek, Raymond Alfred, menyifatkan penggunaan kamera dan video banyak membantu pihaknya memantau dan memulihara populasi badak Sumatera di kawasan Lembah Danum.

    “Kaedah ini amat berkesan untuk mengesan kehadiran badak Sumatera di sesebuah kawasan kerana untuk menemui mamalia ini amat sukar kerana binatang itu mampu menghidu bau manusia dalam linkungan 500 meter,” katanya yang ditemui semasa Lawatan Media ke Tapak Projek Badak Sumatera di Lembah Danum Lahad Datu, baru-baru ini.

    Lokasi

    Sehingga kini terdapat 10 kamera dan 12 perakam video dipasang di beberapa lokasi di sekitar Lembah Danum. Kamera dan video itu dipasang di kawasan yang dikenal pasti wujud kehadiran badak Sumatera iaitu kawasan laluan dan tempat binatang itu berkubang.

    Pembelian kamera dan perakam video ini adalah sebahagian daripada sumbangan RM5 juta oleh Honda Malaysia untuk kerja-kerja projek pemuliharaan Badak Sumatera di Malaysia iaitu untuk dua projek yang dilaksanakan di Lembah Danum Lahad Datu, Sabah dan Hutan Simpan Belum di Perak dengan setiap projek mendapat pembiayaan RM2.5 juta.

    Pembiayaan projek itu membabitkan tempoh lima tahun bermula tahun lepas dalam usaha memulihara dan melindungi badak Sumatera, spesies yang diancam kepupusannya.

    Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum yang berkeluasan 43,000 hektar adalah Hutan Simpan Kelas 1 di bawah Kawasan Pengurusan Hutan Yayasan Sabah.

    Raymond berkata kamera dan video tersebut dilekatkan di pokok dan akan mengambil gambar dan visual bagi setiap imej yang bergerak di depannya.

    Beliau berkata setiap dua minggu sekali ahli pasukan projek itu akan masuk ke hutan untuk memeriksa rakaman kamera dan video yang dipasang itu serta untuk mengesan kawasan baru yang dilalui oleh badak Sumatera.

    Katanya untuk mengesan kawasan yang baru dilalui oleh badak Sumatera, bukti yang diambil berdasarkan kesan tapak kaki, dan air kencing yang terdapat di daun dan bekas tempat binatang itu berkubang dan selepas itu, barulah sesebuah kamera atau video dipasang di kawasan yang dikenal pasti dilalui oleh badak Sumatera.

    Menurutnya ahli projek akan berada di dalam hutan dalam tempoh lima hingga tujuh hari untuk melakukan semua kerjakerja itu dan apabila balik dari hutan mereka perlu merekod setiap data yang diambil untuk tujuan pemantauan perkembangan projek.

    Pemburu haram

    Raymond berkata tujuan lain ahli projek masuk ke hutan setiap dua minggu sekali adalah untuk membuat tinjauan dan rondaan bagi mengesan kehadiran pemburu haram dalam hutan.

    “Kehadiran pemburu haram ini adalah masalah utama yang perlu kami tangani kerana aktiviti mereka boleh mengganggu pembiakan badak Sumatera di sesebuah kawasan dan ini akan mengganggu pelaksanaan projek pemuliharaan binatang ini.

    “Kegiatan ini menjadi masalah besar bagi badak Sumatera yang menyebabkan binatang itu hidup dalam kawasan kecil yang terasing menjadikan ia amat mudah diancam kepupusan, selain penyebab lain iaitu penurunan genetik dan penyakit,” katanya.

    Bagi mengatasi masalah ini, Raymond berkata sejak projek pemuliharaan badak Sumatera dilaksanakan pada 2005, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Yayasan Sabah telah meningkatkan rondaan penguatkuasaan di kawasan Lembah Danum terutama di Ulu Segama Malua untuk menangani kegiatan pemburu haram.

    “Bagi meningkatkan keberkesanan aspek penguatkuasaan itu, pada tahun ini Jabatan Perhutanan telah melantik beberapa kakitangan WWF sebagai Warden Kehormat Hidupan Liar membolehkan kami menubuhkan pasukan rondaan sendiri untuk menguatkuasakan Enakmen Hidupan Liar 1998,” katanya.

    Populasi Badak Sumatera di Sabah

    Mengenai populasi badak di kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, Raymond berkata berdasarkan tinjauan pada 2005, terdapat 13 ekor badak Sumatera tetapi dalam tahun ini, tiga tapak kaki badak Sumatera yang kecil dikesan dan ini bermakna terdapat 16 ekor badak Sumetara di kawasan ini.

    Katanya di kawasan lain pula, hasil tinjauan Jabatan Perhutanan Sabah pada tahun ini di Hutan Simpan Tabin terdapat lima hingga tujuh ekor badak Sumatera terdapat di kawasan itu dan anggaran jumlah binatang itu terdapat di Sabah di antara 25 hingga 50 ekor.

    Menurutnya hasil pelaksanaan projek yang dikendalikan pihaknya di Lembah Danum tidak menolak kemungkinan populasi badak Sumatera di kawasan itu telah bertambah.

    Ini kerana, katanya, Lembah Danum adalah hutan tidak terganggu dan dalam kategori Hutan Kelas 1, membolehkan badak Sumatera bertemu satu sama lain dan melakukan pembiakan.

    Sumbangan Honda Malaysia

    Berhubung sumbangan yang diberikan oleh Honda Malaysia untuk projek itu, Raymond berkata kebanyakan sumbangan itu digunakan untuk kerja-kerja tinjauan, rondaan, penyelidikan populasi badak Sumatera dan memberi latihan kepada kakitangan projek itu.

    Katanya sumbangan daripada Honda Malaysia ini amat penting terutama komitmen yang diberikan dalam tempoh lima tahun membolehkan projek pemuliharaan badak Sumatera di Lembah Danum dilaksanakan lebih teratur dan berkesan.

    Menurutnya projek yang dilaksanakan sehingga kini berjalan mengikut jadual dan menghasilkan kesan yang positif berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi melalui kesan tapak kaki badak Sumatera yang diperolehi dari gambar serta visual yang dirakam melalui penggunaan kamera dan video.

    “Ini bermakna kawasan yang menjadi tumpuan tinjauan kami adalah kawasan yang selamat untuk badak Sumatera kerana pada awal pelaksanaan projek ini pada 2005, tapak kaki binatang itu hanya boleh dijumpai di tengah-tengah hutan tetapi sekarang bukti kehadirannya boleh dijumpai di kawasan hutan yang berdekatan,” katanya.

    Tugas mencabar pasukan peninjau

    Dalam pada itu, tugas ahli pasukan peninjau projek ini memerlukan kesabaran, fizikal dan mental yang kuat dalam mengesan bukti kehadiran badak Sumatera di sesebuah kawasan itu.

    Laluan berbukit, hujan dan gigitan pacat sudah menjadi sebahagian cabaran itu.
    Ketua Pasukan Peninjau projek itu, Richard Sanggin, 30, berkata setiap satu pasukan peninjau dianggotai tiga orang dan akan berada di dalam hutan dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

    Katanya selain melakukan kerja-kerja mencari bekas kehadiran badak Sumatera, tugas mereka adalah untuk memeriksa kamera dan video yang dipasang di sesuatu kawasan serta mengalihkan ia ke kawasan lain.

    Menurutnya kamera dan video ini juga perlu diperiksa bagi menggantikan bateri dan memastikan ia dalam keadaan baik kerana ada binatang lain seperti monyet, tupai dan tikus akan merosakkan bahagian luar menggunakan gigitan.

    Richard berkata biarpun belum ada ahli pasukan itu terserempak dengan badak Sumatera di kawasan Lembah Danum tetapi kesan penemuan kesan tapak kaki, kencing dan tempat berkubang binatang itu sudah memberi kepuasan kepada mereka.

    “Imej dan visual binatang sumetara yang dirakam menggunakan perangkap kamera dan video ini menambahkan lagi minat kami dalam pemuliharaan mamalia yang hampir pupus ini.”

    Sumber : BERNAMA

    Wanville copyright 2008.


    Jay Chou – On The Run 2007

    Februari 24, 2008

    Jay Chou’s On The Run.

    Taiwan’s prince of pop, Jay Chou, is in the middle of staging his third world tour. It is scheduled to start in Taipei next month and will eventually take him to venues all over the globe. Coinciding with this gigantic live event is the release of his latest album which features the new principal song “Cowboy On The Run”. Composed by Jay and penned by Huang Jun Lang, the song drifts away from the usual mainstream sounds and carries a touch of old-time rural America. Still persisting with his own unique music style, Jay is all set to unfold his latest melodies.

     

     Download mp3 On The Run here

    Wanville copyright 2008.


    Produk Tak Halal

    Februari 24, 2008

    Produk paling laris tetapi tidak halal…

    Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
    Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :

    1.Shampoo dan facial DOVE
    2.Pringles potato chips
    3.Lychee NARCISSUS

    KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
    JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
    halal pada produk tersebut.

    “Narcissus” is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of “Narcissus” food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

    • Canned Meat
    • Canned Seafood
    • Canned Fruits
    • Canned Vegetables
    • Seasonings

    di atas adalah barang2 keluaran narcissus.


    Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati
    website

    http://www.halaljakim.gov.my/
    Sekian wassalam.
    HARAP DIHEBAHKAN & BOIKOT ……………….FORWARDDDDDDDD

    Kod Babi Pada Makanan – Penting Untuk Umat Islam

       

    Posted on Sunday, July 01 @ 08:29:58 MYT by SongkokPutih
    Oleh Dr. M. Anjad Khan

    Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

    Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

    Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab ” KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

    Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.


    Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

    Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

    Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

    Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata
    itu berhasil.

    Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

    Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

    Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

    Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

    Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera – tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

    Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 – an mengetahuinya.

    Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

    Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

    Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.


    Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

    Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

    E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
    E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

    E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
    E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

    Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
    syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada
    saudara kita.

    Wanville copyright 2008.