Februari 2, 2008
Sassy Girl, Chun-Hyang merupakan sebuah kisah yang diinterpretasikan daripada filem “Legend of Chun Hyang”. Cerita bermula apabila Lee Mon-Ryong (Jae-Hee) berpindah dari Seoul ke Namwon High School, Utara Jeolla. Chun-Hyang (Han Chae-Yeong) adalah insan yang tepat buat Mon-Ryong dan cinta pertamanya. Dia juga anak kepada Ketua balai polis Namwon dan banyak membantu Mon-Ryong dalam pelajaran sehingga ke Universiti.

Pelbagai halangan berlaku terutama munculnya watak Chae-Rin (Park Si-Eun) iaitu gadis yang mencintai Mon-Ryong dalam masa yang sama setelah cinta berputik antara Chun-Hyang dan Mon-Ryong.

3 komen |
Hits Korean Drama | Tagged: chun hyang, kbs, korean drama, sassy girl, tv, wanville |
Pautan Kekal
Dikirim oleh wanville
Februari 2, 2008

Lokasi menarik di Austria.
Cite ni merupakan kisah cinta antara Jae-Ha (Seo Do-Young) dan Eun-Young (han Hyo-Ju). Mereka telah bertemu semula disebuah keretapi namun Jae-Ha tidak tahu bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah cintanya sewaktu zaman kecilnya. Cinta mula berputik namun kareer Jae-Ha sebagai pemuzik telah menambat hati Yi-Na (Lee So-Yeon) yang juga merupakan pengurusnya cuba menghalang cinta mereka… namun akhirnya happy ending gak..

2 komen |
Hits Korean Drama | Tagged: hiburan, kbs, korean, spring waltz, tv |
Pautan Kekal
Dikirim oleh wanville
Februari 2, 2008
Cite nie mengenai seorang lelaki (Jae-In = Kang Dong-Won) yang dipaksa menurut wasiat datuknya untuk mengahwini seorang wanita (Da-Hyun – Kim Jung-Hwa) yang bekerja sebagi cikgu. Mereka berdua langsung tak tahu yang mereka telah dijodohkan mengikut wasiat datuknya. Da-Hyun dan Jae-In langsung tidak mempunyai perasaan cinta sedangkan mereka tak pernah mengenali satu sama lain sebelum ini. Pelbagai kisah menarik dalam cite ni bagaimana seorang lelaki yang memaksa hatinya untuk menerima wanita ini dalam hidupnya semata-mata mengikut kehendak datuknya.



Leave a Comment » |
Hits Korean Drama | Tagged: 1%, about, hiburan, korean drama, mbc, somthing, wanville |
Pautan Kekal
Dikirim oleh wanville
Februari 2, 2008
” One Fine Day” merupakan sebuah kisah percintaan yang lain daripada drama-drama sedia ada. Seorang gadis (Tianni = Sung Yu-Ree) yang terpisah selama 15 tahun dengan abangnya (Ah Jian = Gong Yu). Lokasi lakonan telah dirakamkan di Australia (Separuh je..) dan korea. Gadis ini bekerja sebagai penyelam akuarium sekaligus telah menarik perhatian bosnya lalu ingin mencintainya. Tetapi sekembalinya abangnya ke Korea, dia mendapati adikya masih hidup lalu menemuinya semula. Dalam diam abangnya menyimpan perasaan cinta terhadap adiknya kerana mereka sebenarnya tiada pertalian darah melainkan perkahwinan yang pernah terjalin antara ayah Ah Jian dan Ibu Tianni. Pelbagai halangan menimpa mereka terutama keluarga angkat Tianni yang merupakan kawan rapat ayah Ah Jian sewaktu masih hidup… namun kematian ibubapa mereka mempunyai kaitan dengan keluarga angkat Tianni disamping abang angkatnya yang juga menaruh perasaan cinta gila terhadap Tianni menyebabkan Tianni ingin keluar dari keluarga tersebut. Setelah Ah Jian dan Tianni tinggal bersama bermacam-macam konflik berlaku antara mereka berdua kerana….

Tianni mengetahui yang abangnya itu merupakan bukan abang kandungnya sejak kecil malah mereka tidak punyai sebarang pertalian darah pun.
Nak tau lanjut lawat lah: http://content.mbc.co.kr/e_mbc/drama.asp?idx=231
Cite ni memang best lah, rileks….
Leave a Comment » |
Hits Korean Drama | Tagged: hiburan, korean drama, mbc, one fine day, tv, wanville |
Pautan Kekal
Dikirim oleh wanville